Wednesday, 1 April 2015

Adakah Islam Agama KEGANASAN ??

Adakah Islam Agama keganasan dan Penganas? mari kita terjah Video di bawah ini..





video

Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)..At-Taubah 9:32

Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya..At-Taubah 9:33


Kepada Umat Islam yang ingin BerJIHAD bersama kumpulan Isis Atau Al-Qaeda Tonton Video dibawah ini dahulu

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) pada jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya), dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan memberi salam atau mengucap dua Kalimah Syahadat): "Engkau bukan orang yang beriman" (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat harta bendanya yang merupakan) harta benda kehidupan dunia (yang tidak kekal). (Janganlah kamu gelap mata kepada daki dunia itu) kerana di sisi Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak. Demikianlah juga keadaan kamu dahulu (dapat diketahui oleh orang lain akan keIslaman kamu dengan memberi salam atau mengucap kalimah Syahadat), lalu Allah mengurniakan nikmatNya kepada kamu. Oleh itu selidikilah (apa-apa jua lebih dahulu, dan janganlah bertindak dengan terburu-buru). Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati dengan mendalam akan segala yang kamu lakukan..
An-Nisaa 4:94

Kesimpulanya, Musuh Islam akan sentiasa mencuba untuk memburukan Agama Islam dengan pelbagai cara, maka dengan ini tanggungjawab membetulkan pendapat orang orang kafir terhadap Agama Islam 
adalah terletak di atas bahu kita agar dapat menjadi contoh kepada golongan kafir melalui akhlak yang kita pelajari dari Nabi kita Muhammad SAW....Sekian Wassalam

Friday, 6 February 2015

Grafik berkomputer dari Isis kepada Dunia

Mengikut daripada pandangan saya, Video ini merupakan satu lakonan dan Grafik Berkomputer dari Kumpulan Isis untuk memburukan lagi image Islam di mata dunia..saya sajikan video dibawah ini untuk di nilai oleh anda semua..


video