Wednesday, 28 August 2013

Mari Kita Berdakwah Kepada Penganut Kristian

Assalamualaikum kepada Muslimin yang telah memasuki Blog saya ini..Disini saya ingin berkongsi ilmu dan juga ingin mengajar kepada semua yang berminat cara berdakwah..semua ini berlaku apabila saya mendapat satu Wake UP Call dari Seorang Hamba Allah yang hebat iaitu Sheikh Ahmed Deedat dan dari klip video dibawah ini yang telah benar benar memberi saya semangat dan nafas yang baru InsyaAllah..

Mengikut Sheikh Ahmed Deedat kita telah diberi peluang oleh Allah SWT untuk mendapatkan pahala seperti pahala seorang Nabi apabila kita berdakwah kepada kaum kafir mengenai Islam..dan pada zaman ini dengan teknologi yang serba canggih,apa kata kita mengunakan peluang ini untuk mendapat pahala yang berlipat ganda..InsyaAllah

Hari ini Saya ingin berkongsi dengan Saudara Saudari Islam cara untuk berdakwah kepada penganut Kristian..sebenarnya untuk permulaan tajuk yang saya ingin kongsi adalah mudah dan tidak akan menyebabkan kemarahan atau kebencian kepada kita oleh penganut Kristian..dan jikalau mereka tidak menerima jangan lah anda berasa kecewa kerana Allah SWT Lah yang menguasai hati setiap HambaNya dan hanya dengan Izin Allah saja lah mereka akan mendapat Hidayah dan petunjukNya..dan sekurang kurangnya kita telah juga berusaha..

ASY-SYURA Ayat : 46 
Dan tiadalah bagi mereka sebarang penolong - yang lain dari Allah - yang dapat memberikan pertolongan kepada mereka dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (disebabkan pilihannya yang salah) maka tidak ada baginya sebarang jalan (untuk mendapat hidayah pertunjuk).

Okey mari kita bermula..
Pekara pertama yang perlu dikatakan adalah kita cuba bertanya kepada penganut Kristian apakah agama Nabi Adam A.S? saya yakin mereka tidak akan dapat menjawapnya..selepas itu tanya mereka apakah agama Nabi Noh A.S(Noah),Nabi Ibrahim A.S(Abraham),Nabi Daud A.S(David),Nabi Sulaiman A.S(Solomon),Nabi Musa A.S(Moses)dan yang terakhir apakah agama Nabi Isa A.S(Jesus)

Mereka hanya akan dapat menjawap bahawa agama Nabi Musa adalah Judaism(Yahudi) dan Nabi Isa adalah Agama Kristian..selepas itu kita harus meminta bukti kepada mereka dimana didalam kitab mereka ada tertulis bahawa Nabi Musa(Moses)berkata agama yang beliau bawa adalah agama Judaism(Yahudi)dan dimana Nabi Isa dalam Kitab mereka mengatakan bahawa agama yang beliau bawa adalah agama Kristian(nasrani)mengikut kajian saya tidak ada mana mana tertulis didalam kitab mereka (bible)bahawa agama Nabi Musa atau Nabi Isa adalah Judaism dan Kristian….


Jawapan kepada mereka adalah Agama Nabi Adam adalah total submission to god will

Agama Nabi Noh(Noah) adalah total submission to God will

Agama Nabi Ibrahim(Abraham) adalah total submission to God will

Agama Nabi Daud(David) adalah total submission to God will

Agama Nabi Sulaiman(Solomon) adalah total submission to God will

Agama Nabi Musa(Moses) adalah total submission to God will


Agama Nabi Isa(jesus) juga adalah total submission to God will 

Bukti Nabi Isa(jesus )mengatakan bahawa agamanya adalah seperti diatas) 
Didalam Bible..Nabi Isa(Jesus) mengatakan seperti berikut:

John 5:30 
King James Version (KJV) 
30.I can of mine own self do nothing: as I hear, I judge: and my judgment is just; because I seek not mine own will, but the will of the Father(GOD) which hath sent me.




Matthew 26:39 
King James Version (KJV) 
39.And he(Jesus) went a little farther, and fell on his face, and prayed, saying, O my Father, if it be possible, let this cup pass from me: nevertheless not as I will, but as thou(GOD) wilt.


Matthew 7:21
21.Not every one that saith unto me, Lord, Lord, shall enter into the kingdom of heaven; but he that does the will of my Father(GOD) which is in heaven.

Dan anda pasti ingin tahu apakah maksud total submission to god will

Dalam terjemahan bahasa melayu ialah(menyerah diri kepada Pencipta Yang Maha Berkuasa)dan dalam terjemahah bahasa Arab ialah ISLAM !!

Untuk pemahaman yang lebih sila Tonton Video dibawah ini..


Maka kesimpulan yang kita boleh lakukan dan buktikan kepada penganut Kristian adalah, mengikut kitab bible mereka dan logik akal agama yang menjadi pegangan Kepada kesemua Nabi Adalah Agama Islam, terjemahan english adalah(Total Submision To God Will). 

AN-NAHL Ayat : 125

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk.